Sunday, October 18, 2009

Time for Family

Seperti biasa, sepanjang Syawal memang byk kene attend open house Hari Raya. Tak kurang jugak jemputan untuk wedding sana sini. Sampai tak larat dah perut ni makan. Pastu asyik minum air sejuk je sampai batuk dibuatnya. Ini batuk pon tak hilang2 lagi. Dah nak abih Breacol satu botol aku telan.
Dalam kesibukan memenuhi undangan rakan2, aku juga sempat pegi layan Sports Day kat tadika anak aku, Aqil. He has grown up!! cepat je dah besar. Aku plak terasa cam dah tua...hahahaha. Teringat dulu bapak aku bawak pegi sports day. Skarang ni, aku plak bawak anak sendiri. Well, that's what you call life! Anyway, kat tadika tu, Aqil la yg paling kecil skali, 2 tahun setengah. Sepatutnya, tadika tu only accept toddlers that are 3 years and above. Dulu kitorang pujuk Principal tu utk accept Aqil masuk tadika and last2 dia terima. Tadika baru ni pada aku memang very proper compare to Aqil's previous nursery yg hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Aku ngan juju pernah skali amik cuti pastu dtg nursery lama buat spot check. To our surprise, masa tu memang terlalu ramai budak kat tempat tuh, padahal jumlah penjaga hanya berapa kerat sangat. Kalo nak ikut ratio, boleh dikatakan satu penjaga kepada 10 budak (1 carer to 10 kids). Gila apa macam tu!! Memang antara 10 budak tuh, sure ada yg terabai!! Kat tadika lama juga, Aqil kena macam2 penyakit. Ini lah yg aku katakan, orang kita sendiri yg bukak bisness tapi hanya mementingkan keuntungan. Bila tanya dulu, boleh terima budak lagi ke?? "ehhh....boleh sgt!!" Bila tanya brape 'ratio' penjaga dan budak?? "ehhh...kami comply dgn 'ratio' yg ditetapkan kementerian pembangunan wanita, keluarga & masyarakat bla bla bla". Tapi lepas spot-check, ternyata sebaliknya! Itulah sebabnya aku tukar kan Aqil ke tadika baru ni. Biarlah mahal sikit, asalkan anak aku tidak terabai, terjaga, teratur dan yg paling penting, he's happy with the new place.
Lihat saja gambar kat bawah ni masa sports day. The pictures explain how excited Aqil is with the new tadika. He's making a lot of new friends. Banyak mende yg Aqil belajar kat sini compare to his old nursery. Dah pandai menyanyi a number of nursery rhymes sampai complete. Dah boleh baca Fatihah complete. dah bole recites Doa(s) in complete sentence. So far dah boleh mengira sampai 20 in both languanges, Malay & English. And dah pandai ikut sembahyang. What an achivement for him! We are so proud to see his progress knowing the fact that he is only 2 and a half years old.









On the same weekend lepas Sports Day tu, adik ipar aku punya wedding reception pulak kat Putrajaya. Seperti biasa, sedara-mara dari johor dan perak turun rumah in-law aku kat Kajang untuk tolong2 mana yg patut. Aku lepak kat luar rumah merebus beratus2 telur untuk dijadikan door gift. The reception went well. Rasa macam seronok plak dapat buat aktiviti kekeluargaan macam ni.
Bila pikir2 balik, bila la aku dapat meluangkan masa untuk family. Aku kena berkerja keras ke arah mencapai matlamat financial freedom aku. I'm tired of working for money. I'm tired of waking up early for work. I'm tired of rushing home from work to fetch my son from nursery. I'm tired of attending meetings here & there. I'm tired of having to meet projects due dates. I want money to work for me. I want to see my children grow day by day with my own eyes. I want to spend more time with my family.
InsyaAllah, berkat usaha dan kesungguhan aku ke arah financial freedom ni, dengan izin-Nya segala urusan akan dipermudahkan. Amin.











Sunday, October 4, 2009

Return On Investment 28%

Ramai antara rakan2 blog dan juga member2 aku bertanyakan perkembangan Mentari Court yg aku menang bulan August lepas. Jadi untuk entry kali ni, aku akan cuba ceritakan ataupon jawab semua persoalan yg telah diajukan pada aku.
Sejak aku iklankan apartment tu untuk disewa masa bulan puasa lepas, berlambak2 orang call/sms aku untuk arrange for viewing. Boleh aku anggarkan dalam 20 orang. Ini hanya orang yg nak rent the whole apartment, tak termasuk lagi yg melambak lagi call untuk sewa bilik sahaja. Macam2 orang aku jumpa termasuk orang Iran, Nepal, Kazakhstan, Jordan, Taiwan, Chinese, Indian dan Melayu.
Masa bulan puasa tu paham2 saja la. Ada tuh yg aku tak sempat nak layan pon sebab lepas keje nak berkejar balik untuk berbuka puasa. Aku hanya bole layan masa weekend je. Senang cerita, masa bulan puasa sume activity bersangkutan dgn urusan property agak lembap. Lepas raya je, aku kembali cergasss. Panggilan demi panggilan aku terima dan berkali2 aku pegi tunjuk rumah kat bakal penyewa. Mungkin juga aku ni memilih orangnya. Banyak bakal penyewa yg aku tak berkenan for some reason (mengikut gerak hati).
Akhirnya, sekumpulan awek berkerja di Menara Rebung Telekom berjaya menambat hati. Hahahaha. Sangat sempoi, tidak cerewet dan sgt mudah untuk berurusan. Tenancy Agreement telah pon ditandatangani, deposit diserahkan CASH, dan kunci apartment diberikan.
Alhamdulillah, rezeki dibulan Syawal. Sewa yg aku ambil ialah rm900 sebulan. Jumlah deposit yg aku kenekan ialah 2+1+rm500 = 3,200. Siapa nak bagi beb!! Memang dapat cash tuh rasa byk, tapi aku sentiasa beringat untuk cover balik duit OD. Sekarang kita cuba kira Return On Investment pulak. Aku cuba summarize kan kat bawah ni:-
Total Capital (deposit rumah + agent fee + lawyer + furnishing) = 16,000
Monthly installment = rm440
Monthly maintenance fee = rm75
Monthly rental = rm900
Monthly Cashflow = 900 - 440 - 75 = rm385
Annual Cashflow = 385 * 12 = rm4,620
ROI = Annual Cashflow/Total Capital Invested = 4,620/16,000 = 28.87%
Aku selalu gunakan dividen ASB sebagai reference point iaitu 7% per annum. Jadi ROI aku untuk Mentari Court ialah approximately 4 kali ganda compare to ASB. Alhamdulillah.
Loan untuk Mentari Court dah approve. Letter of Offer dah sign. Urusan lawyer dah settle dan semua document telah di sign. Sekarang hanya menunggu urusan lawyer dengan developer dan juga dengan lawyer bank pelelong selesai. Jadi sementara menunggu urusan lawyer selesai, aku boleh enjoy duit monthly rental rm900 tuh bulat2. Bila urusan lawyer selesai, barulah loan akan di disburse ke dalam account bank pelelong, dan masa itulah baru aku kene service ataupon start bayar monthly installment. InsyaAllah, kalo ikutkan POS, masa yg diberikan ialah 4 bulan untuk completekan segala urusan sehingga loan disburse ke bank pelelong. Jadi 4 bulan lah aku akan dapat rm900 bulat2.
Now, moving on to my next property. Cargassssssssss!!

Sunday, September 27, 2009

Reduced Mortgage Rate!

Wah wah wah...memang agak bersawang blog aku ni. Puasa and raya punya pasal. Semua pon jadik slow. Sebelum tuh, aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada semua member2 yg call and sms sempena Hari Raya ni. Aku and family pon nak ucapkan Selamat Hari Raya and Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada melakukan kesilapan ataupon terkasar bahasa.

Untuk warm-up kan balik mood property investment aku ni, loan officer untuk apartment yg aku duduk skarang dah call aku bagi berita gumbira. Request aku untuk lower down mortgage rate telah di approved! Alhamdulillah. Daripada BLR + 0.14%, aku dapat enjoy mortgage rate yg rendah which is BLR - 1.55%. Jadi monthly installment aku berjaya dikurangkan from rm1,000 to about rm700. Tiba-tiba ada extra 300 cashflow yg berjaya di "free" kan. Total commitment telah berkurang, so total loan yg aku boleh apply in the future boleh ditingkatkan lagi.

Sesapa yg sekarang ni masih bayar BLR ++, aku nasihatkan pergilah tulis surat ataupon isi borang dari loan officer untuk mintak reducekan mortgage rate to match current rate. Kalo dapat save 200-300, kira banyak jugak tuh. Boleh salurkan untuk bayar kereta ke, tambah lagi saving ke dan mcm2 lagi.


Monday, September 7, 2009

Hartanah Seterusnya...Mari Mari!

Hampir 2 minggu jugak aku tak update blog ni. Bulan pose ni semuanya agak slow sket. InsyaAllah, aku akan menambahkan lagi koleksi rumah dalam jangka masa terdekat kalo dimurahkan rezeki. So far, aku ngan juju dah ada our next target area. Memang bagus la kalo dari dulu kita dah start buat byk site visit kat tempat2 yg kita rasa ada high investment potential.

Ingat, walaupon kita kalah auction beribu kali pon, tapi everytime sebelum masuk auction, kita perlu buat homework in which salah satu daripadanya ialah buat site visit. So kita akan tau area mana yg kita suka and area mana yg kene avoid. Jadi macam aku, aku pon dah tak dpt nak kira brape byk site visit yg aku dah buat. And skarang aku dpt rasakan, bila tgk auction listing tuh, lagi cepat and mudah untuk aku buat filtering dari segi location dan property mana yang aku nak target. Skarang aku dah go through a few auction listings and tgh tunggu masa yg sesuai untuk menyambar property yg berikutnya. Semoga dipermudahkan. Amin!

Lagi satu, aku juga tgh nak re-allignkan cashflow aku. Basically pasal apartment yg aku duduk skarang. Dulu lepas balik belajar, zaman tuh aku memang jahilliah sket pasal property. Takde orang pon nak advise aku dlm bidang hartanah ni. Nak dijadikan cerita pulak, lepas belajar tu, aku terus decide untuk kawin. Masa tu duit pon cukup2 untuk buat perbelanjaan kawin. Sebelum kawin tuh, aku ngan juju pegi carik rumah untuk tinggal lepas kawin. Masa tuh duitkan takde sgt, so kitorang tertarik dgn satu offer ni "Bayar 500 sahaja, boleh ambil kunci". Apartment yg dah siap dibina dilengkapi dgn CF dan juga dilengkapi semua kelengkapan seperti Grill, lampu, kipas, water heater, aircond, alarm system dan kitchen cabinet. So kitorang bayar 500 and terus amik kunci and lepas kawin terus masuk rumah. Masa tuh kitorang tak tau selok belok property investment ni, so takdelah kitorang check Market Value apartment tuh sebelum beli. Skarang ni bila dah berilmu sket, pegi kat bank tanya valuer, rupanya harga market jauh lebih rendah dari harga masa kitorang beli dulu. Sah sah developer mark-up maut punya.

Bila jadi kes macam ni, susah untuk aku nak take opportunity untuk refinance apartment tuh walaupon dah duduk situ hampir 4 tahun. Bila tanya2 loan officer sana sini, semuanya memerlukan aku top-up duit untuk refinance sebab mkt value rendah daripada purchased price. Baik tak payah camtuh! Tujuan asal refinance adalah untuk kita dptkan extra CASH-IN-HAND, tapi aku pulak kene top-up duit sendiri. Hahahahaha. The only option yg aku ada skarang is to write a letter to revise the rate to the current interest rate level. Skarang untuk apartment tuh aku bayar BLR + 0.14%. Aku nak cuba mintak BLR - 2.00% (ini atas advise kebanyakan loan officer bank yg aku jumpa). And ada jugak possibility yg aku akan gunakan duit EPF untuk kurangkan lagi monthly installment aku kat bank. From here, aku bole re-allign kan balik cashflow aku.

So sesapa yg baru2 kawin takde duit lagi, eloklah kalo cari rumah sewa dulu, check cashflow dulu dan check mkt value area yg korang minat sebelum buat commitment untuk BELI rumah atau apartment yg korang nak. Make sure kalo korang dah duduk situ sampai 4-5 tahun, bile nak refinance untuk dptkan cash-in-hand, korang akan dpt hasilnya. Dapatkan nasihat orang2 yg arif pasal property ni jika perlu.

Minggu pertama puasa tuh aku ada bawak family aku semua termasuk parents, abg dan adik aku pegi lepak kat PD Ilham Resort, resort company aku. So layan gambar kat bawah ni cam biasa. Zassssssssss!






Monday, August 24, 2009

Furnished Mentari Court Apartment ready untuk disewakan

Last Friday malam lepas keje, aku decide buat final touch-up dgn adik ipar aku sebab kitorang malas nak buat keje hari Sabtu sebab dah start puasa. Kitorang habiskan cat feature wall yg tinggal separuh lagi last week sbb kehabisan cat lepas tuh pasang tikar getah. Siap sume dlm kol 1 pagi. Lepas tuh layan cheese nan ayam tandoori kat mamak depan tuh, kira sahur terus la ni.

Esok, aku dtg lagi sebab ada delivery furniture ngan barangan letrik. Sementara tunggu delivery tuh, aku drill dinding untuk pasang ralling langsir. Juju plak sibuk pasang hook langsir. Lepas siap pasang railling and gantung sume langsir, delivery perabot and electrical appliances pon sampai. Timing yg bagus. Peti ais dgn mesin basuh aku beli second hand je kat satu kedai melayu kat Kg Sg Pencala. Kedai ni kecik je, buat service and jual brg2 letrik terpakai. Murah plak tu. Jumpa kat dlm website lelong.com.my. Dah settle sume tuh, aku mop satu rumah. Siap!!

Cuma ada satu mende je lagi yg aku tak berani nak buat sendiri. Ada kaitan dgn Main Electric Box. Macam ada benda yg longgar kat dlm tuh. Bila ketuk sket, lampu bilik padam pastuh menyala balik. Hahahaha. Macam2. Aku decide panggil electrian untuk repair minggu depan. Tak berani repair sendiri lagi, takde kemahiran, takut nanti kene letrik short. Bahaya!

Skarang, aku dah boleh mula iklankan unit ni untuk disewakan. Layan gambar dulu cam biasa...zassss!!
Cosy & contemporary living room

Bedroom 1

Bedroom 2

Master bedroom
2-door fridge

Dining Table + 4 stools

Sunday, August 16, 2009

Ku Sangka Panas Hingga ke Petang, tetapi Hujan di Tgh Hari

Wowowo...macam orang sastera pulak tajuk entry aku kali ni. Tapi itulah ketentuanNya. Aweks oh aweks. Mula2 dulu, masa bincang ngan sorang awek tenant tuh diya setuju nak terus menyewa dgn aku. Tapi lepas sume aweks lain balik dari kampung, rupanya ade yg tak setuju nak sambung sewa. Ini cerita minggu lepas.

Aku pon tanya la kenape? Sewa mahal ke? Siap aku offer rendahkan sewa lagi. Aweks kata "Sewa takde masalah...cuma kat sini kurang sangat coverage 3G". Aku pon ingat aweks nak pakai 3G untuk berinternet. Aku pon offer pasangkan line telefon so that aweks bole subscribe streamyx rather than pakai 3G mobile broandband. Aweks kata "Bukannnnnn!!! Ini 3G untuk buat video call from handphone!" Alamak, kalo camtuh tak dapek abg nak nolong, coverage 3G diluar kawalan aku. Perbincangan diteruskan. Aweks kata diorang dah booking unit lain kat depan sket sbb dah test coverage 3G depan tuh ok sket, and decide untuk move ke unit tuh. So aweks kata akan clearkan semua barang and pulangkan semua kunci rumah kat aku hari ni.

Haiyaaa, ingatkan dulu semuanya cantekk je bile menang kat auction harga rendah, pastuh terus ade tenant aweks hot yg selamba bayar 900 sebulan. Tapi tiba2 bermula cabaran untuk aku bile tenant nak chiow. Ingatkan bole sapu deposit ngan sewa dulu sementara tunggu loan disburse, tapi blom tercapai lagi. Itulah namanya dugaan.

Seperti yg telah dijanjikan, tepat pukul 2 ptg tadi, aku dtg kutip kunci rumah. Aweks bagi cash kat aku untuk settlekan semua bill letrik dan air yg tertunggak. Baguss! Bila masuk apertment, memang kosong habisss, termasuk tikar getah pon diorang clearkan jugak. Tapi bagusnya aweks tadi dah kemas rumah, sapu lantai semua bersih2. Lepas tuh aweks pon blah.

Kerja2 upgrade terus aku mulakan. Semua dinding nampak kusam dan penuh dgn kotoran. Dengan pertolongan adik ipar aku, kitorang mulakan dengan aktiviti mengecat satu rumah dengan warna putih. Adik ipar aku ni memang handy, kerja2 ni dia dah biasa buat. Aku plak, kira first time la experience mengecat rumah ni. Hahahaha. Pancit dohhhh cat satu rumah. Pastuh sambung cat 'feature wall' dgn warna 'dark velvet' atau dark purple. Tgh layan mengecat, cat purple tuh habisss!! Beli sikit sgt, biasalah tak pandai budget lagi. Sempat cover separuh je 'feature wall' tuh. Perut dah lapar, kitorang call Dominos Pizza delivery and layan dinner dulu! Kerja2 mengecat kira 95% siap, sambung minggu depan.

Kitchen and bilik air, wife aku dah bersihkan. Thanks Juju!! Tombol pintu depan aku dah tukar. Dari pukul 2pm, balik kol 10pm. Penat tapi pengalaman yg berbaloi. Esok, aku nak pegi carik tikar getak untuk pasang for the whole apartment. Hari Sabtu depan, insyaAllah barangan letrik dan perabot masuk and tinggal nak pasang railling langsir je. Lepas tuh bole amik gambar dan start iklankan untuk cari tenant insyaAllah.

Layan gambar dulu....zasssssssssss!!


Feature wall with 'Dark Velvet'

Measurement untuk tikar getah (masa ni dinding putih dah siap cat)

Aqil main colouring sementara Papa & Mama refurbish rumah

Cat satu rumah warna putih

Keadaan asal lepas aweks chiow

Baru masuk rumah dgn peralatan mengemas rumah

Adik ipar aku nak mula bancuh cat putih

Kerja2 mengecat bermula....pancit dohh!
Posted by Picasa

Sunday, August 9, 2009

350 Positive CashFlow

Baru balik jumpe tenant kat Mentari Court. Confirm diorang bayar sewa 900 sebulan. Wowowowow ini sudah bagus!!

Sampai unit tuh petang tadi. Kali ni ketuk sekali je terus keluar seorang Awek. Katanya, dia sorang je ade kat umah, aweks lain sume balik kampung. Nasib baik aku bawak wife and anak aku skali. Aku explain situation pasal unit tuh dah kene beli masa auction, and lepas tuh aku mintak nak tengok keadaan dalam rumah. Awek pon terus bukak grill depan and ajak masuk.

Awek kata diorang sume tak pernah nampak batang hidung si owner lama. Diorang berurusan dengan Agent saja since January 2009. Sewa agent amik 900 sebulan. Mak aiii, aku agak terkejut sebenarnya. Sebab memandangkan keadaan dlm rumah yg agak sempoi macam yg korang bole tgk dalam gambar kat bawah. Kitchen cabinet takde, meja makan takde, sofa set takde, lantai simen biasa takde tiles. Owner sewakan unit kosong saje. Tapi agent tolong providekan furniture yg agak sempoi utk naikkan rental sampai 900. Menurut aweks, diorang memang bergantung sangat pada furniture tuh. Mungkin sebab tuh diorang tak kisah bayar rental yg tinggi. So aku kata, lepas ni boleh sambung menyewa dgn aku. Diorang akan discuss dgn agent untuk minta agent tolak furniture tuh kat aku. Kalo tak dpt, aku dah prepare budget utk furnishkan exactly macam keadaan skarang.

That is the power of making your rental property furnished even dgn furniture yg sempoi macam nak pecah pon. Hahahahaha. Aweks kata akan sambung menyewa dgn aku 900 dgn furniture yg sedia ada. Kalo mcm tuh, positive cashflow aku dalam 350. Urusan kutipan deposit (2+1+utilities) dan tenancy agreement akan diuruskan minggu depan. Alhamdulillah.

Layan gambar dulu....zasssssssssss!


TV provided, sofa set takde, lantai simen takde tiles


washing machine provided, tapi mcm nak pecah dah

Stove provided, tapi takde kitchen cabinet

Rak mangkuk provided

Katil dan tilam provided, tapi mcm agak lunyai

Peti Ais kecil provided

Update: Kemenangan Mentari Court!!

Aduss, penat betul drive ulang alik Perak ni. Last week dah balik, this week balik lagi. Itulah dia commitment lepas kawen ni. Kene tunjuk muka kat sedara mara ni sume. Anyway, ni aku nak update sket cerita pasal Mentari Court yg aku menang tempoh hari.

Last Wednesday sebelom decide nak masuk bidding, lepas keje, aku ngan wife pegi usha unit tu. Sampai situ, ketuk pintu dekat 10kali takde orang jawab. Padahal, lampu bilik ngan kipas sume pasang je. Wife aku dah ajak blah dah. Hmmm, aku ni plak jenis yg tak puas la kalo tak dpt ape2 bile pegi site visit. So dgn selamba aku pegi ketuk pintu jiran sebelah. Hahahahahaha.

Pastuh keluar sorang brader yg nampak otai ni. Memang seorang cool dan selamba. Aku intro la sket, bla bla bla, pastuh dia mula la cerita macam2. Memang terbaik!! Borak punya borak, dari gaya dia ni, macam orang kuat Persatuan Penduduk kat Mentari Court ni je. Semua pasal management, penduduk, security dan macam2 lagi kat situ dia tahu and aware. Pastuh terus dia focus pasal unit yg aku nak beli ni.

Katanya, skarang ni unit ni ade tenant duduk. Aweks bujang!! So far inilah tenant yg terbaik pernah duduk kat sebelah ni. Sebelum ni, tenant2 yg lain agak memeningkan kepala. Lepas tuh terus aku tanya pasal OWNER unit ni. Mamat tuh cakap "Owner ni kalo sembang memang kencang!! Tapi rumah kene lelong jugak! hahahahaha" dia gelak. Mamat tuh cakap "Tapi kira tak fair la, camne owner boleh tak bayar kat bank sebab dia amik sewa kat aweks bujang ni mahal tau! Sewa dalam rm900" Perghhhhhhhh, dalam hati aku kata biar betul. Tapi mamat ni dah duk situ lama, sure dia lagi tau.

Dah selesai tuh, aku ngan wife turun and layan notice board kat bawah. Ramai orang iklankan untuk sewakan bilik dlm range 250-300. So mungkin jugak owner ni sewakan bilik2 dia kat tenant2 yg berbeza. Satu bilik dia amik 300 for example. 3 bilik dah 900. Itu assumption aku ler. Tapi hari ni, insyaAllah aku nak pegi jumpe tenant nak kasi sembang sket. Kalo betul aweks bujang tuh sume bayar 900, itu memang terbaik!! Ikut kan pada harga yg menang, aku boleh generate dlm 350 positive cashflow. InsyaAllah.

Sementara tuh layan dulu gambar2 masa cousin aku bertunang kat Perak semalam....












Friday, August 7, 2009

Kemenangan Mentari Court!!

Alhamdulillah, setelah beberapa kali percubaan untuk mendapatkan hartanah lelong tahun ni, akhirnya berjaya jugak aku kali ni dengan kemenangan Mentari Court, Sunway.

Sememangnya semua sedia maklum, tahun ni memang mencabar sebab makin ramai orang mula membanjiri auction market, pastuh harga lelongan sampai boleh mencecah harga yg kadang2 tidak masuk akal langsung! Tapi untuk Mentari Court ni aku berjaya dapatkan pada harga di bawah 100k. Wowowowowo!

Nanti aku akan sambung cerita panjang sket. Nak cargass balik Perak pegi sedara bertunang. Slamat!!

Monday, August 3, 2009

Management yang Berlagak!!

Hari ni aku amik cuti setelah penat berjalan2 di Utara pegi wedding member and lepak2 umah sedara. So tgh bosan2 lepak umah sambil baca NST tetibe ade listing baru kluar untuk mid August ni. Layan punya layan, aku dpt shortlist kan dalam 5 property untuk aku buat detail study. Calling auctioneers mintak diorang fax kat umah aku semua POS and COS untuk 5 property tadi. 3 out of 5 properties ni dekat ngan umah aku and semua outstanding balance, bank tak cover langsung. Adusss cam siot!

Dah tgh hari, wife ajak lunch kat luar. Aku plak terliur nak makan Satay Kajang. Siap2, terus kitorang melantak satay. Pastuh sebelum pegi usha 3 property ni, aku singgah maintenance office (developer office) jap sebab nak check outstanding balance, kebetulan kesemua 3 unit tadi kat area yg sama je. Masuk je office tuh aku terus target budak melayu ni. Aku cerita kat diye yg aku nak beli property ni from auction, so aku nak check outstanding semua. Terus diye buat muka kerek!! cam siot!! ingatkan melayu bole tolong melayu. Dia kata "Sorry! Kalo nak beli dari auction, kitorang tak boleh release outstanding balance. Kalo nak cube, try pegi kat shoplot belakang, kat pejabat baru Joint Management. Bengang punya pasal, aku pon pegi kat office Joint Management tu, and aku dapat the same exact answer!! Puas laa aku bising2 dlm tuh and last2 i got NOTHING. Wife aku pon hangin satu badan gak mase tuh. Cuma diye malas nak buat kecoh je.

Experience aku selama aku pegi usha property, semua management bagitau kat prospective auction property buyer the total outstanding balance. Tapi kali ni, first time aku jumpe management yg berlagak. Menurut sumber2 yg kuat, memang management (i.e. developer) kat situ berlagak sket sebab developer nak amik kesempatan beli sendiri unit2 lelong tuh pada RP80 for example, then diorang jual balik pada harga market 130k. Pernah tak korang perasan, kadang2 ade developer yg bukak booth kat Tesco, Giant, Carrefour etc. pastuh iklan jual apartment yg dah siap install kitchen cabinet la, aircond la, grill la, lampu kipas complete la, water heater la, free legal fee for SnP and Loan agreement dan macam2 lagi FREE la. Padahal ade developer yg buat tactic kotor, beli dari auction market, refurbish sket, install itu ini, then mark-up harga maut, pastuh jual kat orang2 yg naive pasal property ni. Yg kaya sape? Developer jugak!!

Bile masuk bidding tuh, kalo korang perhatikan betul2, silap2 korang lawan developer sendiri. Hahahaha. So terus aku malas nak masuk bid untuk 3 unit dekat ngan umah aku tadi. Kalo lawan developer ni, they have all the budget in the world. Yg aku ni, budget macam ikan bilis je. Diorang tuh budget cam ikan paus. Takpe, esok aku plan nak gi tgk satu lagi property kat area yg aku blom pernah cover so far. Kalo menarik, bole masuk lagi bidding mid-August ni.

Ni aku selitkan gambar2 masa kitorang lepak kat Penang and Perak last weekend. Fantastic but tiring though!!








Loan Calculator

Followers

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP