Flora Damansara
Fuishhh memang tour habis hari nie. Kitorang singgah kat Masjid TTDI untuk solat Zohor. Lepas solat tuh aku pon lalu kat notice board masjid tuh. Ade la few pictures and cerita pasal penderitaan orang Palestine. Tengok punya tengok notice board tuh, pastuh aku came across satu column nie "Kutipan Hari Jumaat". Memang dahsyat and terkejut aku tengok figure diye, untuk bulan Januari sahaja, total kutipan Jumaat mencecah hampir rm20k. Wowow memang sah2 orang2 area TTDI nie kaya2 belaka. Itu baru satu bulan. Kalo 12 bulan, dah rm240k. Pastuh ade tulis kat column tuh "Sumbangan utk Tabung Palestine sebanyak rm11k". Alhamdulillah, sememangnya membuat amal jariah nie dituntut dalam Islam. Semoga Allah memberkati mereka yg menderma ke jalan Allah. Amin.
Then, terus kitorang shoot ke Flora Damansara. Memang bersesuaian sangat dengan nama Flora tuh sebab kedudukan apartment nie memang kat hujung2 and hutan2 sikit. Apartment nie termasuk dalam category "kos rendah". So bile aku sampai tuh, memang design building diye as expected. Tapi one thing for sure, kereta sampai melimpah2 keluar dari compound apartment. Pada aku compound apartment nie agak besar. Tapi still tak cukup space. Kedai makan and kedai runcit memang banyak kat bawah apartment nie. Aku rase kat area Damansara, kebanyakan apartment yg berdekatan dengan tempat2 hot seperti One Utama, The Curve, IKANO, IKEA, CineLeisure dan Tesco semuanya mahal2 belaka kalo nak beli. Tapi Flora Damansara nie sememangnya berpatutan (kos rendah), tetapi menyediakan segala kemudahan yg diingini and still dekat dgn semua tempat2 hot tadi. That explain why sampai melimpah2 kereta sampai kat luar compound apartment tuh.
Pastuh, Flora Damansara nie satu2 apartment yg ade bangunan Surau sendiri dalam compound Apartment. Mane ade apartment lain yg ade facility camnie. So far aku tak pernah tgk lagi la. Tapi untuk apartment nie aku tak dapat nak terjah masuk dalam. Sebab aku TAK DAPAT parking!! Hahaha. Malas nak park jauh2 kat luar tuh. So aku bawak kereta masuk and snap a few pictures dari dalam kereta. Overall, area yg mantap!! Kalo ade rezeki, aku pon nak beli satu property kat area nie untuk investment.
Jadi selesai la sudah aktiviti survey rumah untuk hari ini. Keempat2 area yg aku pergi tadi adalah area2 yg mana sifu2 property ade mempunyai pegangan hartanah. Dan sememangnya area2 tersebut hot, mantap dan juga power! "Pemilihan area" untuk property investment sememangnya penting supaya property tersebut akan sentiasa mempunyai tenant. Satu tenant keluar, terus akan ade tenant lain yg berebut2 untuk menyewa property tersebut. Ini akan memastikan objective kita sebagai property investor akan terus tercapai by using "Other People's Money" to obtain any property that we want.
Sementara tunggu OD approve nie, aku sudah pon menghubungi pihak SatuSolution untuk mendapatkan quotation service full package yg disediakan. Aku dah dapat reply dari diorang and the quotation sememangnya menarik. Quotation yg diberikan agak detail dimana menerangkan kerja2 yg dibuat. Memang banyak betul kerja2 nak disettlekan untuk property auction nie. Aku ingat cam sempoi je. Hahahaha. Bile pikir2 balik, yg aku nie hanya ade free time masa weekends jer. Ade ker pejabat2 seperti Majlis Perbandaran, pejabat tanah, TNB, Syabas bukak mase hari Sabtu? ntah la, aku pon tak pasti sebab semua bill rumah aku bayar online je. Hahaha. Pastuh nak balik rumah in-law lagi, rumah mak bapak lagi, kenduri-kendara, jalan2, kemas rumah etc. Weekends je laa mase yg aku ade untuk buat semua mende tuh. So untuk orang macam aku nie, aku rase service yg SatuSolution provide memang sangat sesuai. Walaubagaimanapun, some might say that service charge yg SatuSolution nie agak pricey, tapi bagi aku memang padan dengan kerja yg diorang buat yg sememangnya melambak tapi efficient. Kalo dalam masa tak sampai 2 weeks after menang bid, rumah dapat dibaik pulih sehingga boleh disewakan...to me that's considered impressive. Loan mengambil masa 3 bulan atau lebih untuk start kene bayar. So kalo rumah dah bole disewakan, kita dah boleh makan duit sewa untuk 3 bulan tuh.
InsyaAllah, kami harap segala yg dirancangkan akan dipermudahkan Allah. Amin.
At the front gate
Kereta yg melambak2
Kedai2 kat dalam area apartment
Ade surau dlm area apartment
Kedai2 lagi
Another block

1 comments:
Assalamualaikum,
Boleh explain sikit...
i ada tgk apartment2 lelong ..banyak sgt kat flora damansara ni..nape ye,,tpi mmg betul area n facility not bad..cuma leasehold n kawsan berbukit tu okay ke untuk property and for rental..tqvm..
Post a Comment