Wednesday, May 20, 2009

Menghampakan

Semalam lepas kerja, terus aku ajak wife pegi usha property kat Damansara Damai yg akan dilelongkan minggu depan. First aku pegi Flat Idaman. Kawasan flat kos rendah yg masyuk lengkap semua kemudahan termasuk transportation facilities, sekolah, kedai2 makan, runcit, bank, shopping dll. Sampai kat unit pertama, memang hampir semua tingkap kaca sudah tiada dan sebahagian besar frame tingkap dihadapan rumah sudah tiada seolah2 seperti dicabut Incredible Hulk. Tapi unit berkunci dan kosong tidak berpenghuni. Mengikut kata hati, kami decide untuk let go unit ini.

Terus ke unit kedua di Idaman Apartment. Kali ni location unit agak menarik kerana berada di ground floor. Sebab ape ground floor menarik, sebab flat ni 5 tingkat dan tiada kemudahan lif. Jadi, semakin tinggi unit rumah tu semakin susah untuk penghuni naik turun tangga sampai 5 tingkat. Lagi2 kalo lepas beli groceries byk atau nak bawak perabot naik atas memang leceh! So generally market value untuk unit paling bawah lagi tinggi daripada unit yg di atas. Aku pon macam biasa, pegi tegur makcik yg tengah lepak bergosip ngan jiran2 dekat situ and terus tanya pasal unit lelong tuh. Kalo ikut makcik tuh, unit nie mmg dah selalu masuk lelong tapi asyik2 tak terlelong sbb mungkin owner selalu bayar kat bank last minute. Then makcik terus bawak aku jumpe tenant dlm unit tuh. Baik betul makcik ni!! Rupanya tenant tuh Indonesian and start menyewa since January 09. Tenant byk tak puas hati ngan owner sebab langsung tak ambil tahu pasal rumah tu, and langsung tak pernah jenguk tenant tuh...kesian!

Aku bgtau tenant, insyaAllah aku akan beli unit tuh and akan biar diye menyewa disitu seperti biasa. Memang happy la minah tuh!! Lepas aku balik umah and check balik kalo unit tuh ade restriction ke tak...rupanya ade! Alamakkkk frust nye aku. Purchaser yg nak beli unit ni combine salary laki bini tak bole lebih rm2500. Terus kitorang tak layak nak bid unit nie. TENSION betul la. Memang byk tol cabaran untuk dptkan unit pertama kami. Takde rezeki kali ni.

Pencarian untuk property investment akan diteruskan.

0 comments:

Blog Archive

Loan Calculator

Followers

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP