ASB/OD telah dibekukan!
Setelah membaca serta mendengar desas-desus mengenai ASB/OD akan dibekukan, aku mengambil pendekatan untuk meng'confirm'kan ura2 ni dengan menelefon member aku yg bertugas di unit operasi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Headquarter di KL.
Sememangnya telah diconfirmkan penggunaan sijil ASB sebagai collateral/cagaran untuk mendapatkan OD facility telah pun dibekukan.
Aiseymannnn, aku baru nak berjinak2 dlm pelaburan hartanah ni dah kene macam ni plak. Tapi aku masih bersyukur kerana sempat buat ASB/OD ni bulan 3 lepas. Tapi amount OD yg aku ade pon tak kencang sgt, tapi aku tetap bersyukur! So untuk masa sekarang, selain OD tuh, aku bole guna duit EPF aku dan wife untuk meneruskan aktiviti pembelian hartanah ni.
So far, aku belum ade lagi tanah mahupun rumah sendiri yg dah habis bayar kat bank yg bole aku jadikan collateral untuk mendapatkan OD facility. Kalo nak refinance apartment yg aku duduk skarang, nanti aku kene serve higher monthly installment kat bank plak. Haiyaaaa, manyak fening lah, fening lah pikirkan macam mane untuk mendapatkan extra capital ni.
Baru berangan2...ingatkan kalo ade rezeki hujung tahun ni, aku and wife dapat bonus macam tahun2 yg sudah, then nak campak semua dalam ASB and tambah OD lagi. Tapi nampaknya sudah pon dibekukan oleh pihak ASNB. Kita hanya merancang, tapi Allah menentukan segalanya. Mungkin ade hikmahnya!
Harap rakan2 blog lain bole bagi idea untuk mendapatkan extra capital untuk kita terus berjaya dalam pelaburan hartanah ni. InsyaAllah.

0 comments:
Post a Comment