Survey Property
Esok wife aku akan amik CFA exam sehari suntuk. So hari ni dia nak pulun study. Aku plak buat plan untuk bawak anak aku, Aqil, keluar jalan2 so that wife aku bole concentrate study. Ape lagi, aku pon keluar dengan Aqil pegi survey property. Hahaha. Best jugak sekali sekala dpt spend time ngan anak aku ni.
First kitorang pegi usha kawasan pertama. Ok jugak tempat ni. Ingatkan nak buat selambe je masuk area apartment nie, tapi takde jln pintas/celah2 yg bole aku menyelit. Kene jugak jumpe pak guard, tulis nama semua , then baru lepas. Nak naik lif pon sangkut jugak sebab takde access card untuk masuk area lif. Kene lah tunggu orang turun and bukak pintu tuh then baru menyelit masuk. Sampai je unit, dari luaran semuanya masih intact. Meter air masih ade. Tapi grill takde. Aku perasan floor ni agak kosong sebab byk unit yg tidak berpenghuni. Pelik jugak. Tapi dari segi facilities, semuanya ada. Dah settle usha unit ni, kitorang pon turun and terserempak ngan pak guard ni. Saja la bawak sembang. Kalo ikut kata dia, sewa dalam range 500-550 and dulu area nie banyak Pak-Pak Arab tinggal. Tapi sekarang dah kurang, sejak ade area bersebelahan yg baru developed and lagi cantik dan modern look. So pak arab ramai yg berpindah ke kawasan sebelah yg dibangunkan oleh developer yg sama. Untuk area baru ni, kadar sewa untuk apartment yg fully furnish boleh mencecah antara 1000-1100 sebulan. Pak Arab ape kesah beb, duit minyak ni! Celah gigi jer rate sewa tuh...Hahaha
Lepas tu, aku bawak Aqil jln2 usha kawasan kedua plak. Ade satu unit apartment ni agak menarik. Berhampiran dgn segala facilities yg diperlukan. Juga berhampiran dgn offices, HQ Bomba/Polis yg bapak besar, ERL station, Masjid and shopping mall. Aku dan Aqil pergi ke unit tersebut dan dgn selambe aku ketuk pintu sebab aku dgr ade org tgh tgk TV. Pastuh sorang mamat ni keluar dgn pakai tuala je. Hahahaha memang selambe. Pastuh aku memperkenalkan diri dan meneruskan aktiviti menemuramah. Aku cakap unit ini tak lama lagi akan dilelongkan dan mamat tuh agak terkejut. Sebab tuan rumah takde plak mention kat dia ape2. Mamat tuh dah lama menyewa kat situ, katanya hampir 5 tahun. Tuan rumah hanya dtg sekali sebulan untuk kutip sewa. Sewa dia dlm 450. Biar betul beb, sebab kalo ikutkan market rate, sewa kat situ dah mencecah range 600-650. Ini sure rate sewa 5 tahun lepas ni. Then, aku bagitau kalo ade rezeki insyaAllah aku nak beli apartment tuh.
Aqil dah mula lapar dan merengek. Aku terus singgah dekat McD drive-through dan beli makanan + chocolate sundae. Aku belasah makan dlm kereta je ngan Aqil. Abih je makan tuh, nak gerak pegi kawasan ketiga. Baru je jalan sket, Aqil dah tertido. Malas pulak nak gi usha2 property bile anak tido. Nanti nak kene dukung, tak larat beb. Terus aku melencong balik rumah.
Selesai sudah activity survey rumah untuk hari ni yg agak special sebab pegi ngan Aqil. Will do it again next time. Rasenya, dah tau nak angkat property mane dah ni. InsyaAllah, aku akan contact sifu Faris from SS untuk membida property yg seterusnya.

1 comments:
Wowowow kembali cargass! Caya la bro! Hopefully u'll finally managed ur 1st auction property.
Post a Comment