Monday, September 7, 2009

Hartanah Seterusnya...Mari Mari!

Hampir 2 minggu jugak aku tak update blog ni. Bulan pose ni semuanya agak slow sket. InsyaAllah, aku akan menambahkan lagi koleksi rumah dalam jangka masa terdekat kalo dimurahkan rezeki. So far, aku ngan juju dah ada our next target area. Memang bagus la kalo dari dulu kita dah start buat byk site visit kat tempat2 yg kita rasa ada high investment potential.

Ingat, walaupon kita kalah auction beribu kali pon, tapi everytime sebelum masuk auction, kita perlu buat homework in which salah satu daripadanya ialah buat site visit. So kita akan tau area mana yg kita suka and area mana yg kene avoid. Jadi macam aku, aku pon dah tak dpt nak kira brape byk site visit yg aku dah buat. And skarang aku dpt rasakan, bila tgk auction listing tuh, lagi cepat and mudah untuk aku buat filtering dari segi location dan property mana yang aku nak target. Skarang aku dah go through a few auction listings and tgh tunggu masa yg sesuai untuk menyambar property yg berikutnya. Semoga dipermudahkan. Amin!

Lagi satu, aku juga tgh nak re-allignkan cashflow aku. Basically pasal apartment yg aku duduk skarang. Dulu lepas balik belajar, zaman tuh aku memang jahilliah sket pasal property. Takde orang pon nak advise aku dlm bidang hartanah ni. Nak dijadikan cerita pulak, lepas belajar tu, aku terus decide untuk kawin. Masa tu duit pon cukup2 untuk buat perbelanjaan kawin. Sebelum kawin tuh, aku ngan juju pegi carik rumah untuk tinggal lepas kawin. Masa tuh duitkan takde sgt, so kitorang tertarik dgn satu offer ni "Bayar 500 sahaja, boleh ambil kunci". Apartment yg dah siap dibina dilengkapi dgn CF dan juga dilengkapi semua kelengkapan seperti Grill, lampu, kipas, water heater, aircond, alarm system dan kitchen cabinet. So kitorang bayar 500 and terus amik kunci and lepas kawin terus masuk rumah. Masa tuh kitorang tak tau selok belok property investment ni, so takdelah kitorang check Market Value apartment tuh sebelum beli. Skarang ni bila dah berilmu sket, pegi kat bank tanya valuer, rupanya harga market jauh lebih rendah dari harga masa kitorang beli dulu. Sah sah developer mark-up maut punya.

Bila jadi kes macam ni, susah untuk aku nak take opportunity untuk refinance apartment tuh walaupon dah duduk situ hampir 4 tahun. Bila tanya2 loan officer sana sini, semuanya memerlukan aku top-up duit untuk refinance sebab mkt value rendah daripada purchased price. Baik tak payah camtuh! Tujuan asal refinance adalah untuk kita dptkan extra CASH-IN-HAND, tapi aku pulak kene top-up duit sendiri. Hahahahaha. The only option yg aku ada skarang is to write a letter to revise the rate to the current interest rate level. Skarang untuk apartment tuh aku bayar BLR + 0.14%. Aku nak cuba mintak BLR - 2.00% (ini atas advise kebanyakan loan officer bank yg aku jumpa). And ada jugak possibility yg aku akan gunakan duit EPF untuk kurangkan lagi monthly installment aku kat bank. From here, aku bole re-allign kan balik cashflow aku.

So sesapa yg baru2 kawin takde duit lagi, eloklah kalo cari rumah sewa dulu, check cashflow dulu dan check mkt value area yg korang minat sebelum buat commitment untuk BELI rumah atau apartment yg korang nak. Make sure kalo korang dah duduk situ sampai 4-5 tahun, bile nak refinance untuk dptkan cash-in-hand, korang akan dpt hasilnya. Dapatkan nasihat orang2 yg arif pasal property ni jika perlu.

Minggu pertama puasa tuh aku ada bawak family aku semua termasuk parents, abg dan adik aku pegi lepak kat PD Ilham Resort, resort company aku. So layan gambar kat bawah ni cam biasa. Zassssssssss!






3 comments:

izwan September 7, 2009 2:18 PM  

Fuyoo! kete camry tu! Bukan calang2 orang boleh bawak camry. Semoga hang murah rezeki dan dapat menambahkan asset yang ada. aminnn

Hizam September 7, 2009 9:34 PM  

izwan...hahaha itu kereta bapak aku ler...hahahaha...kitorang gerak ke PD konvoi 3 kereta...bapak aku orang lama ler..boleh ler pakai Camry tuh!! hahaha

rohaniah noor September 7, 2009 11:40 PM  
This comment has been removed by the author.

Blog Archive

Loan Calculator

Followers

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP