Time for Family
Seperti biasa, sepanjang Syawal memang byk kene attend open house Hari Raya. Tak kurang jugak jemputan untuk wedding sana sini. Sampai tak larat dah perut ni makan. Pastu asyik minum air sejuk je sampai batuk dibuatnya. Ini batuk pon tak hilang2 lagi. Dah nak abih Breacol satu botol aku telan.
Dalam kesibukan memenuhi undangan rakan2, aku juga sempat pegi layan Sports Day kat tadika anak aku, Aqil. He has grown up!! cepat je dah besar. Aku plak terasa cam dah tua...hahahaha. Teringat dulu bapak aku bawak pegi sports day. Skarang ni, aku plak bawak anak sendiri. Well, that's what you call life! Anyway, kat tadika tu, Aqil la yg paling kecil skali, 2 tahun setengah. Sepatutnya, tadika tu only accept toddlers that are 3 years and above. Dulu kitorang pujuk Principal tu utk accept Aqil masuk tadika and last2 dia terima. Tadika baru ni pada aku memang very proper compare to Aqil's previous nursery yg hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Aku ngan juju pernah skali amik cuti pastu dtg nursery lama buat spot check. To our surprise, masa tu memang terlalu ramai budak kat tempat tuh, padahal jumlah penjaga hanya berapa kerat sangat. Kalo nak ikut ratio, boleh dikatakan satu penjaga kepada 10 budak (1 carer to 10 kids). Gila apa macam tu!! Memang antara 10 budak tuh, sure ada yg terabai!! Kat tadika lama juga, Aqil kena macam2 penyakit. Ini lah yg aku katakan, orang kita sendiri yg bukak bisness tapi hanya mementingkan keuntungan. Bila tanya dulu, boleh terima budak lagi ke?? "ehhh....boleh sgt!!" Bila tanya brape 'ratio' penjaga dan budak?? "ehhh...kami comply dgn 'ratio' yg ditetapkan kementerian pembangunan wanita, keluarga & masyarakat bla bla bla". Tapi lepas spot-check, ternyata sebaliknya! Itulah sebabnya aku tukar kan Aqil ke tadika baru ni. Biarlah mahal sikit, asalkan anak aku tidak terabai, terjaga, teratur dan yg paling penting, he's happy with the new place.
Lihat saja gambar kat bawah ni masa sports day. The pictures explain how excited Aqil is with the new tadika. He's making a lot of new friends. Banyak mende yg Aqil belajar kat sini compare to his old nursery. Dah pandai menyanyi a number of nursery rhymes sampai complete. Dah boleh baca Fatihah complete. dah bole recites Doa(s) in complete sentence. So far dah boleh mengira sampai 20 in both languanges, Malay & English. And dah pandai ikut sembahyang. What an achivement for him! We are so proud to see his progress knowing the fact that he is only 2 and a half years old.
On the same weekend lepas Sports Day tu, adik ipar aku punya wedding reception pulak kat Putrajaya. Seperti biasa, sedara-mara dari johor dan perak turun rumah in-law aku kat Kajang untuk tolong2 mana yg patut. Aku lepak kat luar rumah merebus beratus2 telur untuk dijadikan door gift. The reception went well. Rasa macam seronok plak dapat buat aktiviti kekeluargaan macam ni.
Bila pikir2 balik, bila la aku dapat meluangkan masa untuk family. Aku kena berkerja keras ke arah mencapai matlamat financial freedom aku. I'm tired of working for money. I'm tired of waking up early for work. I'm tired of rushing home from work to fetch my son from nursery. I'm tired of attending meetings here & there. I'm tired of having to meet projects due dates. I want money to work for me. I want to see my children grow day by day with my own eyes. I want to spend more time with my family.
InsyaAllah, berkat usaha dan kesungguhan aku ke arah financial freedom ni, dengan izin-Nya segala urusan akan dipermudahkan. Amin.

9 comments:
Congrate & well done for your kids. Budak2 mmg excited & cepat/nak belajar. Apa yg penting kita as parents guide/built minat dia elok2..
Sabar Hizam, sampai masanya inshaAllah kita juga akan keluar drp rate race ini. Sama2lah berusaha sekuat mungkin. Penat lelah ini akan hilang tp pahala ibadah/mencari rezeki halal utk anak2&family inshaAllah akan berterusan
wah..power la aqil!
tadika mana ni bro?
hizemmmm
never knew you had a blog! heheh
kene bookmark ni :)
wakata: tadika ni along jln bukit depan komuter kajang...tadika kanak-kanak bijak
moi: oit sape tuh?? kasi intro sket ler...tarak kenal laa letak nama samaran ni...
oit lin!! hang ke tuh? wuzzupppp beb
hahahah.. yesszzaaaaa sapa lagii..
a friend of mine asked me to give you this
http://www.auctions.com.my/ASP/list-details-current.asp?Key=54583&RefNo=PAH9820
if youre still looking for houses :)
FYI:
http://www.auctions.com.my/ASP/list-details-current.asp?Key=54583&RefNo=PAH9820
-- SFF
oit lin...aku target area lain plak...diversify sket..takut kalo jadi apa2 ke kat tempat tuh...abiss investment aku nanti..bak kata orang..don't put all your eggs in ona basket!!
Bro cam kenal jer pengantin laki tuh..Nama dia farhan ke ?
Pastu uyg bawah tu pkai baju melayu merah tu Faruki kan ?
Post a Comment