Friday, December 18, 2009

Pulangan Akhir Tahun

Alhamdulillah...setelah setahun berkerja, semalam company aku declare bonus. So dapat la aku top-up balik OD aku dgn juju. Lepas tuh pulak, dapat lagi dividen from ASB. Memang terbaik. Boleh cover balik interest OD aku sebelum ni.

The last quarter of 2009 ni banyak betul duit aku keluar. Semua mende2 yg aku tak expect berlaku. Mula2 tuh pasal road tax kereta 2nd hand yg aku beli bulan January 2009. Date road tax mati tak tally dgn date insurans kereta. Ini la dia bila first timer beli kereta 2nd hand. Lupa nak check mende2 camni...cuma tau nak dapat kereta cepat jer dulu...hahahaha. So bila date tak tally, aku perlu reallignkan balik dua2 date ni. Nak extend insurans ni yg mahal. Dah la ini kete 1st yg aku beli. So premium tuh blom ada discount lagi. Extend dlm 5 bulan je dah kene 700++. Road tax lagi dlm 100++. Adusss tuh la dia penangan bila pakai Civic ni. Sendiri beli sendiri mau ingat. Hahahaha.

Pastuh pulak, time2 macam ni la pulak millage Civic untuk buat Major Service sampai. Pegi buat major service kat Honda je kene dlm 700++. Semua minyak la diorang tukar. Tapi bagus gak sebab kereta 2nd hand ni pon kita tak tau camne owner lama maintain. So baik buat je semua. Untuk keselamatan family aku gak.

Pastuh ada lagi, lepas hampir 10 bulan pakai, aku rasa tayar dah tak sedap. Usia tayar pon dah 3 tahun. Pegi check mmg dah nak botak semua tayar. Siap ada 2 tayar masuk paku lagi. Civic by default pakai tayar GoodYear 16inch. Rupanya tayar Goodyear ni antara tayar yg termahal. Seketul tayar dlm 320. So aku tukar 4 tayar straight plus balancing and allignment total dlm 1300++.

Total unexpected expenses ni saje dah dekat 3000. Adussssssss. Tapi nasib baik ada pasif income. Semua expenses ni orang lain bayarkan. Duit sewa 900 sebulan from Mentari Court dah hampir 2 bulan aku dapat bulat2 sebab urusan bank belum selesai lagi. Sewa tu saja aku dah secure 1800. Deposit plak aku dah secure 3200. So total "other people's money" ada la dalam 5000. So boleh la aku bayar the unexpected expenses tadi. Alhamdulillah.

Inilah dia kelebihan melabur dlm hartanah atau apa jua cabang pelaburan yg boleh memberikan kita pasif income. Dalam saat2 kecemasan bila kita memerlukan duit, at least kita ada tabung simpanan spare. Jadi tak kacau retirement fund kita, child education fund kita, investment fund kita etc. Lagi banyak hartanah yg kita ada, lagi byk la kita bole generate pasif income.

Memandangkan dua2 OD aku and juju dah penuh balik ni, boleh la aku menambahkan lagi koleksi rumah. Sambil tuh, aku dah discuss ngan juju nak set aside a small portion untuk start invest in stock market. Dah la kitorang dah almost 4 years kerja in financial line, tapi tak pernah pon invest directly into stock market. Cuba ada indirect exposure through investment in ASB as well as some tiny portion in our investment-linked Prudential insurance. Dulu ilmu masih cetek so tak berani la nak masuk stock market sebab memang volatile and high risk, tapi high return!! Skarang ni insyaAllah, dgn ilmu yg ada, nak masuk stock market sket2 dulu test water. Kalo return masyuk, boleh tambah lagi investment.

Zasssss!!


10 comments:

sourplum December 18, 2009 2:13 PM  

gbr yg cntek bwh tu

engkubujal2211 December 19, 2009 7:20 AM  

yayaya....
nice angle pic bro...
+ nice civic...hehehe

Hizam December 21, 2009 8:13 PM  

Thanks Bros...

Lini Azly December 23, 2009 10:10 PM  

wah wah .. bonus byk ni boleh dpt 2 bijik rumah lagi nihhh.. :-)

byk nye expenses civic.. gerun dengar nihhhh... kena simpan dr sekarang le nampaknya.. :-(

peruzz December 27, 2009 8:50 AM  

wooww..civic.. mahal maint erk.. bile la aku leh pakai civic ni.. kene beli rumah byk2 dl la kot..kasik penyewa bayarkan ansuran civic nanti.. hehe

Hizam December 29, 2009 9:45 PM  

Lini: sendiri beli sendiri mau ingat laa lini...bonus?? hmmmm so far blom jumpa listing auction yg menarik lagi ler

peruzz: tuh pasal kene ada byk rumah...baru le byk passive income...hehe

Matjoe December 31, 2009 8:04 AM  

Salam hizam,

First of all, thanks buat link ke blog aku.

menarik jgk content of your blog.
bye the way, aku ada buat perbandingan ASB ngan Unit trust.
Memang circle of investor yang aku kenal melalui blog langsung xde mention pasal unit trust. hope bleh share your precious opinion at my latest post here:

http://matjoe9498.blogspot.com/2009/12/asb-or-unit-trust-part-1.html

shiby February 8, 2010 9:44 AM  

nasihat aku...

amende kau 3k pun takde saving.kau kena buat emergency fund utk hal macam ni.at least 6 moth punya retain fund utk benda emergency..

by the way.aku pakai accord baru ( baru 6 bulan ).aku rasa bila2 masa je honda akan tukar model baru civic tu...so kau siap2 la tengok depreciation harga kereta kau...

Hizam March 14, 2010 11:43 PM  

salam shiby...

terima kasih atas nasihat saudara tu...Aku tak kata yg aku takde savings 3k?? Aku kata "seronok bila ada tabung simpanan spare" hasil daripada collection passive income property investment. Jadi, saving account aku yg UTAMA memang tak sentuh langsung lah. So far semua emergency funding comes from this "spare saving account" and NOT my main Savings.

Berkenaan kereta pula, aku memang tahu kereta akan sentiasa depreciate in value. Doesn't matter what car u use, be it Camry, Civic, Accord etc? So aku tak kisah la kalo Civic "facelift" keluar pon, harga lama2 tetap akan jatuh. Termasuk la Accord yg ko baru pakai 6 bulan tu..lama2 jatuh jugak value dia. So, it is not a big deal for me anyway. Sebab itu laa aku beli Civic 2nd hand jer sebab aku tau kereta ni bukan laa "investment" untuk aku, tapi hanyalah "liability".

Anonymous August 25, 2010 12:09 PM  

Bro hizam..aku setuju sgt ngan pdpt kau. Kereta ni liability jer, dan kereta baru lg cepat turun harga dr kereta secondhand..Mcm aku, pakai wira jer, setakat nak bawa 130-140km/h tu xder masalah pun cuma plg laju aku bawa pun 120 jer, pertama takut speedtrap xlarat byr, kedua aku syg anak bini aku..instalment kereta pun dah lama hbis, malas nak beli kereta baru,bkn tak mampu..tp aku pikir lg baik simpan duit utk invest dlm properties.

Blog Archive

Loan Calculator

Followers

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP