Thursday, January 14, 2010

Cubaan Pertama 2010

Semalam petang aku pegi tgk dua unit auction. Kawasan yg dah lama aku target. Segala kemudahan memang lengkap. Kedai makan, gerai2 ala2 pasar malam pon banyak, bus stop right in front, petronas, nursery, sekolah rendah & menengah etc.

Tapi apartment ni tak selalu masuk auction. Kalo masuk pon, memanjang called off je. Tahun lepas, aku pernah masuk satu, tapi called off. Member aku pon ada cuba masuk satu, tapi called off jugak. Tahun ni, aku nak cuba lagi. Cubaan pertama untuk 2010. Wish me luck! Masa sampai tuh hujan punya la lebat. Macam biasa, aku survey rumah dgn juju. Sampai unit pertama, grill tak kunci. Tapi dgr macam ada org tgh masak kat kitchen. Ketuk punya ketuk, takde orang pon keluar. Tapi gerak hati kata, reject unit tuh or WALK AWAY!! Unit end-lot, yang hujung skali, kawasan sekitar agak sunyi.

Terus ke unit kedua. Masa tuh ramai plak yg baru balik kerja. So ramai plak yg tunggu kat lif. Aku pon usha laa gelagat orang2 kat situ. Semua dressing not bad. Smart2 belaka. Sedap mata memandang. Ramai perempuan muslim. Layan notice board kat bawah pon, semua iklankan untuk sewa bilik pada perempuan muslim. Tapi serious!! Memang ramai perempuan. So juju pon senang hati sket la compare to Mentari Court yg kitorang menang dulu. Hahahaha. Mentari Court ni macam international sket, ada macam2 nationality duduk situ. Bila ada geng2 gagak hitam from middle east ni, juju pon mula la cuak2. Hahaha.

Dalam lif aku sempat borak dgn sorang minah ni. Soalan standard aku, "adik ni menyewa kat sini ke?". Minah tuh menyewa kat situ, katanya sewa 650 unit basic/kosong. Wowowowowo, boleh tahan gak. Kalo buat fully furnished memang terbaik ni. Boleh dapat byk positive cashflow. Sampai je unit kedua, aku usha kawasan sekeliling. Block yg menarik. Paling hampir dgn semua facilities yg ada. Unit ada view yg memang menarik. Lepas tu, ketuk punya ketuk, takde orang keluar. Tingkap naco semua tutup. Tapi langsir takde. So dalam samar2 tingkap naco tuh aku nampak TV terpasang. Tapi diorang MUTE kan sound TV. Ini kes malas nak bukak pintu la ni. Biasa la tuh, bila rumah kene lelong ni, sure banyak orang akan carik. So aku pon ketuk pintu for the last time, tapi still takde orang keluar. Aku assumed OWNER yg duduk unit tuh, sebab bersembunyi tanak keluar. Hahahaha. So aku pon chiow balik rumah.

Tapi sebab tak puas hati dgn survey smalam, aku kembali lagi ke unit yg sama hari ini. Nasib aku baik. Kali ni baru je ketuk pintu, tetiba ada awek baru balik kerja menuju straight ke unit tu. Aku pon tanya, and rupanya dia penyewa kat situ. Lega hati aku!! Berurusan dgn penyewa ni senang sket. Kitorang borak panjang jugak. Katanya, ramai jugak dtg ketuk pintu tanya pasal unit ni. Pasal tuh kot smalam diorang malas nak bukak pintu masa aku ketuk. Wowowowo ramai yg dah dtg usha unit ni?? Alamatnya, byk competition la nanti masa auction!! Penyewa kata, owner bgtau tanak biarkan unit ni kene lelong. Inilah ayat yg aku dengar masa survey kawasan yg sama tahun lepas. Last2 unit kene called off. So aku dapat rasakan, akan ada possibility mende yg sama akan berulang. Tapi takpe, aku blom buat bank draft lagi. Dalam jangka masa terdekat ni, aku mintak tolong member contact dgn auctioneer untuk confirmkan unit called-off atau tidak. Kalo unit terlelong jugak, aku akan masuk bidding!

Wish me luck untuk cubaan pertama 2010!!

8 comments:

faris January 15, 2010 1:10 AM  

a few weeks ago, dari rp 75k naik kepada 104k kalau tak silap aku. kawasan yg sama.. kalau tak called off, mmg akan menarik ramai pembida.. anyway, akupun turun auction di tempat yg sama minggu depan..

Hizam January 15, 2010 8:22 AM  

uish...itu macam ka? itu budget sudah rentong tuh!! aku punya budget cam biasa je...malas nak beli mahal2 bro...skang ni mmg dah susah betul nak beli rumah lelong harga yg best2...takpe lah...cuba je..kalo ada rezeki..insyaAllah.

Farid January 15, 2010 8:40 AM  

Perghhh.Power arhh sifu Faris..Hizam x highlight pn mn location dia survey tapi sifu sudah tau..hehehe.Anyway,gud luck Hizam dlm prcubaan 2010.

Matjoe January 15, 2010 9:43 AM  

Hizam, kalau tak call off mesti cuba. mana tau rezeki. setakat rugi rm2.15 dan sedikit masa kalau kalah tu mmg no hal. kalau bleh kawtim ker, who know leh dpt unit dgn harga within budget.

bleh cerita tak area mana? kalau tak nak specific pun perumahan mana.

Afzal January 16, 2010 12:54 PM  

Hizam,

Actually saya pun ada a few pengalaman pegi property auction ni... and 2 of my apartments saya beli dari auction. So saya tau betapa berdebar nye masa lelong ni... Tapi yang paling tension call off right before bidding. Betul tak?

Mmg banyak bende kena check before beli lelong ni, kena buat checklist. Bagi saya kalau orang yg minat beli rumah lelong, sebaik baiknye dia mesti 'handy'. So kerja kerja minor boleh buat sendri macam cat, pasang electrical fittings, etc. Tak payah upah orang. Jimat sen. Kalau ada background dalam construction pun lagi elok, tau coordinate kerja boleh upah foreigners utk buat pasang tiles/table top,etc.

Btw, Hizam you kerja dalam industri apa?

Anonymous January 16, 2010 11:01 PM  

bro.. port tuh ramai pompuan erk?? wa rase ni mesti pasal nama port tuh cam nama pompuan sket kot?? hehehe...

try jerk broo...mana tau ade rezekii
gud luckk broo

--peruzz--

Jom2Lelong January 18, 2010 9:38 PM  

unit ni call off tghari td.. so, looking for nexttt...

Hizam January 18, 2010 10:09 PM  

Matjoe: area mana? ahaha bila dah menang baru bole disclose...kalo tak malas nak cerita lebih2.

Afzal: Aku kerja in financial industry...dealing with international stock market.

Peruzz: Thanks for the support man!!

Farhan: thanks anyway bro. Aku dah agak dah...kejadian lama berulang kembali...kene cuba lagi!!

Blog Archive

Loan Calculator

Followers

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP