Wednesday, May 19, 2010

Lelongan JTR


Selalunya aku serahkan pada agent untuk bidding bagi pihak aku. Tapi kali ni aku decide untuk buat sendiri. Nak experience sendiri debaran auction and rasa kene kacau dengan ulat2. Hahahaha. Lelongan yg aku masuk kali ni is on week day. So aku ngan juju siap amik cuti untuk pegi bidding. Sampai di dewan lelongan JTR 15 minit awal. Lelongan scheduled to begin at 230pm. Terus register, bagi bank draft and salinan IC. Pastuh aku siap tanya, "ada berapa orang dah register untuk unit?" Minah tuh tanak bgtau.

Sebab malas nak layan ulat2 yg berkeliaran kat situ, aku terus pegi duduk kat depan skali dalam dewan tuh. Nak dijadikan cerita, penat punya pasal harituh, aku siap tertido baik punya kat depan tuh. Hahahaha. Jaga2 jer dah pukul 3pm. Tapi lelongan masih belum bermula. Haiyo lambat betul la. Dewan tu plak dah makin sesak. Memang ramai betul property investor skarang ni. Kenaikan kadar BLR langsung tidak memberikan kesan. Termasuklah kepada diri aku sendiri. Hahaha. Auction bermula 10 minit kemudian. Unit2 di Bandar Puncak Alam semakin diminati ramai. Ramai yg membida sehingga naik more than market value and ada juga yg melampau.

Kebanyakan unit2 di Rawang pula dimenangi pada RP. Tiba giliran unit aku plak. Area yg dah lama aku target. Sekali auctioneer announced, unit ini ada 10 orang pembida. Oh mannnnnn!!! Aku tawakal jer la. Terus aku tak letak harapan tinggi. RP bermula dengan 80k. Aku biarkan saja orang lain melawan angkat paddle sebab budget aku jauh lagi nak sampai. Pastuh at one point, aku ingat dah takde nak melawan. Harga masa tuh masih dlm budget aku, tapi dah nyawa2 ikan la. Aku pon angkat paddle for the first time. Pastuh tiba2 keluar plak paddle from dua orang pendekar ni yg budget lagi rentung. Terus out-bid aku. Pastuh terus lawan bidding between diorang. Lama jugak la. Last skali harga naik sampai 115k!!! Wowowowowowo ini harga memang sudah melampau!!

Aku rasa yg menang tu is owner unit tuh sendiri. Sebab masa aku pegi survey unit tuh, memang outstanding balance semua clear. 1st time plak aku survey unit yg takde any outstanding. Mungkin owner lama ni ada problem sket sampai ter-overlooked nak bayar monthly installment kat bank. Bila dapat auction letter, baru owner menggelabah kot pegi bidding unit sendiri. Hahaha ini semua assumption aku untuk sedapkan hati sebab kalah bidding. Hahahaha. Lepas tuh terus aku blah and claim balik bank draft aku kat reception JTR tuh.

Susah betul nak dapatkan unit dari acara lelongan sekarang ni. Takpe, cuba lagi lain kali.



7 comments:

sourplum May 20, 2010 9:42 AM  

kwsn panas kut

Jom2Lelong May 20, 2010 7:14 PM  

tak pe...cuba lain kali bro...

jom2lelong.blogspot.com

IzzyB. May 21, 2010 1:05 PM  

eh kalo owner rumah tu, bukan dia boleh gi trus kat auctioneer suruh call off ke? kalo betul, dia yg menang tu, makna dia dah kena beli rumah sama 2 kali la ek?

Afzal May 22, 2010 1:09 PM  

Betul jugak kata izzy, kalau aku jadi owner, aku dah contact lawyer suruh call off and bayar outstanding installment tu. Mesti ada duit punya pasal deposit auction 10% pun boleh bayar..

Aku ada one experience unit call off semasa auction tengah berlangsung, betul betul sebelum unit tu punya turn. Auction siap berhenti jap pasal auctioneer dapat call dari lawyer/bank. Dah nyawa nyawa ikan tapi nasib baik owner tarik hand brake.

Anyhow, good luck some other time.

tuanbri June 22, 2010 7:34 PM  

izzy - kita sebagai owner tak boleh nak bertindak suruh auctioneer tarik balik unit tu.

Auctioneer kerja untuk bank, jadi hanya bank yg boleh bagi instruction utk tarik balik unit.

Afzal - kalau dah ketuk hammer pun, unit still boleh called off. Jgn terkejut.


tuanbri - perunding hartanah lelong

fadzil April 17, 2012 12:02 PM  

afzal > aku pernah terkena. terkejut jugak. baru nak g amik cotract of sale tetiba dpt call bgtau unit yg aku menang tu dh kena call off.. terkejuttttt jgk. nak wat mcm mana.. boleh saman ke kalau kes macam nie?

Harry May 16, 2012 7:09 PM  

Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!

Harry
harry.roger10@gmail.com

Blog Archive

Loan Calculator

Followers

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP